Berita Islami Masa Kini (BIMK) adalah sebuah komunitas yang beranggotakan organisasi-organisasi anggota, Driver Printer Panasonic, Brother, Driver Canon, Kyocera, Ricoh, Driver printer konika, dan masyarakat umum yang bekerja sama dalam mengembangkan standar Web Driver, Berita islam terkini, kumpulan situs berita islam ummat di indonesia

Senin, 12 Januari 2015

Syafaat Nabi di Akhirat Kelak

Syafaat nabi di Akhirat Kelak

Kisah Rasulullah sangat sayang kepada kita umatNYa,semoga kita benar-benar umat nabi 


muhammad sallallahu'alaihi wasallam,bukan umat yang rasulullah benci diakhirat kelak,salawat perbanyakkan 

salawat semoga kita mendapat syafaat nabi,dan bukti kasih syang cinta kepada rasulullah 

sallallahu'alaihi wasallam

nabi Muhammad sallallahu'alaihi wasallam menangis di Padang Mahsyar

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapak

saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:

"Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur

(bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada

hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan

nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat

yang terbaik.



 Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang

lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang)

tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata:

"Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi

bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah

Taala serta dibenarkan oleh para rasul." Ibnu Abbas ra berkata: "Orang

yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW.

Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula

datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang

dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga."

Jibril as akan menyeru: "Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?" Bumi

akan berkata: "Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah

hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu

dimana kubur Muhammad SAW."

Rasulullah SAW bersabda:

"Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW

ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur."

Israfil bersuara: "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!"

Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula

terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri,

baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW.

Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan.

Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi. Jibril as

berkata kepadanya: "Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi

Allah Taala di tempat yang luas." Baginda SAW bertanya, "Kekasihku

Jibril! Hari apakah ini?"

Jibril as menjawab: "Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari

kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan

Allah Taala." Baginda SAW bersabda: "Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!"

Jibril as berkata: "Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?" Baginda SAW

bersabda: "Bukan seperti itu pertanyaanku." Jibril as berkata: "Adakah

kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?" Baginda

SAW bersabda: "Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan

umatku. Di mana perjanjian mereka?" Jibril as berkata: "Demi keagungan

Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?"

Baginda SAW bersabda: "Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini.

Aku akan mensyafaatkan umatku." Jibril as berkata kepada baginda SAW:

"Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan

Tuhanmu!" Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW.

Buraq cuba meronta-ronta.

Jibril as berkata kepadanya: "Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan

makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala

perintahkan kepadamu agar mentaatinya?" Buraq berkata: "Aku tahu semua

itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga

sebelum dia menunggangku.

Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan

marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini." Baginda SAW

bersabda kepada Buraq: "Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku,

nescaya aku memberi syafaat kepadamu." Setelah berpuas hati, Buraq

membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap

langkahan Buraq sejauh pandangan mata.

 


Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari

perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: "Wahai tubuh-tubuh yang

telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang

bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut

burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke

perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa. Roh-roh telah diletakkan di dalam

tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan

roh makhluk.

Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi

akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat

seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang.

Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian

mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

Allah Taala berfirman: "Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala

tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur.

Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari

mereka adalah golongan yang celaka dan derita." Malaikat Israfil as

menjerit: "Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada

tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan

semesta alam." Allah Taala berfirman: "Demi keagungan dan ketinggianKu!

Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!"

Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk

mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula

terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia,

masing-masing melihat. Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis,

melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang

berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu

umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka.

Mereka seperti gelombang lautan. Jibril as menyeru: "Wahai sekalian

makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah

disediakan oleh Allah Taala." Umat-umat datang di dalam keadaan

satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat,

baginda SAW akan bertanya: "Di mana umatku?"

Jibril as berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir."

Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!" Maka nabi Isa

as dan Jibril as menangis. Nabi Muhammad SAW berkata: "Mengapa kamu

berdua menangis." Jibril as berkata: "Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?"

Nabi Muhammad bertanya: "Di mana umatku?" Jibril as berkata: "Mereka

semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan." Apabila

mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya:

"Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?" Jibril as

berkata: "Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!" Apabila Nabi Muhammad SAW

melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda

SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana

dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka.

Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta

memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: "Wahai Muhammad!"

Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman

mereka.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai umatku." Mereka berkumpul di sisinya.

Umat-umatnya menangis. Ketika mereka di dalam keadaan demikian,

terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: "Di mana Jibril?"

Jibril as berkata: "Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam." Allah

Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang

tersembunyi: "Di mana umat Muhammad SAW?" Jibril as berkata: "Mereka

adalah sebaik umat."

Allah Taala berfirman: "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu

Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu."

Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: "Wahai

Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala."

Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: "Sesungguhnya

kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala." Orang-orang

yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala.

Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin

ternakannya menuju di hadapan Allah Taala.

Allah Taala berfirman: "Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik

kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu

semua melakukan dosa!" Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala

berfirman: "Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang

telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang

mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu.

Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya,

bawakan Jahanam!"

Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: "Wahai Malik!

Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam." Malik bertanya:

"Apakah hari ini?"

Jibril menjawab: "Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah

ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka

usahakan." Malik berkata: "Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah

mengumpulkan makhluk?" Jibril menjawab: "Ya!" Malik bertanya: "Di mana

Muhammad dan umatnya?" Jibril berkata: "Di hadapan Allah Taala!" Malik

bertanya lagi: "Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap

kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka

semua adalah umat yang lemah?" Jibril berkata: "Aku tidak tahu!" Malik

menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan.

Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang

keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata

seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya

menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia

mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul

anaknya mencampakkan mereka.

 



Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

Rasulullah SAW Membela Umatnya Di padang mahsyar orang yang mula-mula

berusaha ialah nabi Ibrahim as.

Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: "TuhanKu dan

Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada

hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini."

Allah Taala berfirman: "Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih

mengazab kekasihnya." Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan

asap Arsy yang naik lalu menyeru: "KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu

melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku

dari kacau bilau Jahanam!" Isa as datang di dalam keadaan menangis.

Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: "Tuhanku. Penguasaku.

Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku.

Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!" Suara jeritan dan tangisan

semakin kuat.

Nabi Muhammad SAW menyeru: "Tuhanku. Penguasaku Penghuluku. !Aku tidak

meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!"

Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: "Siapakah yang memberi syafaat

kepada umatnya?"

Neraka pula berseru: "Wahai Tuhanku. Penguasaku dan Penghuluku!

Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka

dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya

mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan

penyeksaan." Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri

Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.

Allah Taala berfirman: "Di mana matahari?" Maka, matahari dibawa

mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala. Allah Taala

berfirman kepadanya: "Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud

kepada kamu?" Matahari menjawab. "Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana

aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah

hamba yang halus?"

Allah Taala berfirman: "Aku percaya!" Allah Taala telah menambahkan

cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan

dengan kepala makhluk." I

ibnu Abbas r.a. berkata: "Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka

berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti

periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang

sempit. Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat

manusia semakin kuat. Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air

matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud

di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat

bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.

Mereka berkata: "Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah

Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.

Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: "Pada suatu

hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara' r.h. Baginda SAW dapati, dia

sedang menangis."

Baginda SAW bersabda: "Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu

menangis?" Fatimah menjawab: "Aku teringat akan firman Allah Taala."

"Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau

seorang daripada mereka."
 

Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: "Wahai permata hatiku!

Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah

dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan

telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata

mereka mengalir di pipi." Fatimah r.h. berkata: "Wahai bapaku! Apakah

wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?"

Baginda SAW menjawab: "Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap

orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar

Firman Allah Taala:" Bagi setiap orang dari mereka, di hari itu atau

satu utusan yang melalaikan dia." ( Abasa: 37) Fatimah ra. bertanya: "Di

mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?"

Baginda SAW menjawab: "Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku

sedang memberi minum umatku." Fatimah r.h. bertanya lagi: "Sekiranya aku

dapati kamu tiada di telaga?"

Baginda SAW bersabda: "Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil

dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: "Tuhan Kesejahteraan! Tuhan

Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut: "Aamiin."

Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman:

"Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah." Setiap

umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga,

neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana

burung mematuk kacang.

Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka manusia yang

menyembahNya datang beriring. Sebahagian daripada orang yang berdiri di

situ berkata: "Kami adalah umat Muhammad SAW!"

Allah Taala berfirman kepada mereka: "Mengapa kamu tidak mengikuti orang

yang kamu sembah?" Mereka berkata: "Kami tidak menyembah melainkan Tuhan

Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya."

Mereka ditanya lagi: "Kami mengenali Tuhan kamu?" Mereka menjawab: "Maha

Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya." Apabila ahli neraka

dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi

pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela

mereka. Mereka berkata: "Marilah kita pergi meminta syafaat kepada

Muhammad SAW!"

Manusia berpecah kepada tiga kumpulan. 1. Kumpulan orang tua yang

menjerit-jerit. 2. Kumpulan pemuda. 3. Wanita yang bersendirian

mengelilingi mimbar-mimbar. Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan

lapang ketika kiamat.

Mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi

Muhammad SAW terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga

merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi adam as dan

isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW.

Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: "Wahai Adam! Ramai dari

zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik wajah mereka. Mereka

menyeru: "Di mana Muhammad?" Mereka berkata: "Kami adalah umat Muhammad

SAW. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal

kami sahaja.

Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula,

cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu

tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala untuk menghisab kami

dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka." Nabi

Adam as berkata: "Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan

dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap

Tuhannya kerana lalai. Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah

berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya.

Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri.

Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: "Wahai datuk kami, Nuh!

Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara

kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke

neraka." Nabi Nuh as berkata: "Sesungguhnya, aku sibuk dengan

kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu

dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala!

Mintalah kepadanya agar menolong kamu!"

Nabi Ibrahim as berkata: "Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam

usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan

Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as! Mintalah pertolongan darinya!"

Nabi Musa as berkata: "Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh

seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri.

Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin

memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki

tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku.

Pergilah kamu berjumpa Isa as!"

Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata: "Sesungguhnya

Allah Taala telah melaknat orang-orang Kristian.

Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Taala.

Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam."

Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra' sedang duduk.

Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: "Ini umat Nabi

Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka." Suara Mariam, telah

didengari oleh Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi

Muhammad SAW. "Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu

untuk meminta syafaat kepada Allah Taala."

Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: "Marilah

kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku.

Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada

Allah Taala untukmu!" Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya. T

erdengar suara seruan: "Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!" Nabi

Adam as berkata: "Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga

Dia akan meminta kepadaku."

Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya:

"Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!" Nabi Adam

as bertanya: "Berapa ramai untukku kirimkan?" Allah Taala berfirman:

"Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke

neraka."

Allah Taala berfirman lagi: "Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat

orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan

mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga

bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku

tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan

(timbangan).

Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun

seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu

berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu

kejahatan dengan satu dosa.

Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka

bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka

melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang

yang melampaui batas."

Nabi Adam as berkata: "Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi

menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha

Mengetahui sesuatu yang ghaib!"

Umat Muhammad SAW Diseru Meniti Sirat Allah Taala menyeru: "Wahai

Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas

Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan." Malaikat

Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: "Wahai Muhammad!

Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada perlepasan dari Allah

Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan

terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang

diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar

berjalan!"

Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: "Wahai Malik! Dengan

kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku

sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar

apabila melihatmu." Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi

Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh

kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada

umatnya: "Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!"

Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.

Kumpulan kedua
melintasi seperti angin yang kencang.

Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik.

Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas.

Kumpulan yang kelima berlari.

Kumpulan keenam
berjalan.

Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat.

Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka. Nabi Muhammad SAW berhenti

di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya

bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan

membangunkan dia kembali.

Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu

banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru:

"Wahai Muhammad SAW!" Nabi Muhammad SAW berkata: "Tuhan! Selamatkan

mereka! Tuhan! Selamatkan mereka"! Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh

tertinggal di atas Sirat.

Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, di pintu

syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. 



Bilangan dahannya tidak

terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada

kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua

bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh.


 Jika mereka melihat

ibu dan bapak mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki

syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera.

Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka

memasuki syurga bersama-sama. Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum

melihat ibu dan bapak mereka.

 


Suara tangisan mereka semakin nyaring. Mereka berkata: "Aku mengharamkan

syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapak dan ibuku." Kanak-kanak

yang belum melihat ibu dan bapak mereka telah berkumpul. Mereka berkata:

"Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia." Malaikat

berkata kepada mereka: "Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa

mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka."

Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata:

"Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan

menyatukan kami dengan mereka." Demikianlah! Orang yang melakukan dosa

besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu

Sirat. Ia dipanggil "Tempat Teropong." Kaki-kaki mereka akan tergantung

di Sirat.

Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di

kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya,

ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas

kepalanya. Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak

akan meninggikan tangisan mereka.

 

Rasulullah SAW bersabda: "Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?"

Malaikat menjawab: "Mereka menangis kerana berpisah dengan bapak dan ibu

mereka. "Nabi SAW bersabda: "Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku

akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah."

Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di

belakang. 



Setiap kaum akan kekal didalam rumah-rumah mereka. Kita

memohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini

dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka.Aamiin ya rabbal 'alamiin
Syafaat Nabi di Akhirat Kelak Diposkan Oleh:

0 comments:

Posting Komentar