Allahu akbar Allahu akbar 2X
Asyhadu allaailaahaillAllah 2X
Asyhadu anna muhammadar rasuulullah 2X
Hayya ‘alash shalaah 2X
Hayya ‘alal falaah 2X
Allahu akbar Allahu akbar 1X
Laailaahaillallah 1X
1. Masa azan dilaungkan, jawablah seperti yang diajarkan oleh Islam.
Apabila kita dengar muazzin melaungkan ;
Allahu Akbar : maka kita kena jawab “Allahu Akbar”
Asyhadualla ilaaha illallah : maka jawabnya “Asyhadualla ilaaha illallah”
Asyhaduanna muhammadar rasulullah : maka jawabnya “Asyhaduanna muhammadar rasulullah”
Hayya’alassolah : maka kita kena jawab “Laahaula wala quwwata illa billahil’aliyyil’aziim”
Hayya’alalfalah : maka kita kena jawab “Laahaula wala quwwata illa billahil’aliyyil’aziim”
Laailaha illallah : maka kita kena menyahut “Laailaha illallah”
AZAN SUBUH
ASH-SHALAATU KHAIRUM MINANNAUM : Maka SHADAQTA WA BARARTA WA ANAA 'ALAA DZAALIKA MINASY-SYAAHIDIN
2. Apabila dah dengar azan, bersegeralah ke tempat azan diazankan untuk solat berjemaah. Dan bagi golongan wanita, bersegeralah menunaikan solat. Jangan dilengah-lengahkan solat hingga akhir waktu.
Menjawab azan adalah sunat hukumnya, manakala bercakap ketika azan pula bukanlah suatu perkara yang diharamkan. Ini berdasarkan perbuatan Nabi saw dan para sahabat baginda yang bercakap ketika azan.
Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Soheh Muslim menyebut lebih kurang : <p> </p>"Dan ketahuilah bahawasanya disunatkan menjawab seruan muazzin sepertimana laungannya bagi setiap orang yang mendengarnya samaada yang berada dalam keadaan suci atau berhadath atau berjunub atau seorang perempuan yang Haid dan selain mereka dari kalangan orang yang tidak dilarang untuk menjawabnya. Adapun antara sebab larangan dari menjawab azan ialah jika berada di dalam tandas atau ketika sedang berjimak dengan pasangannya atau seumpama dengannya..." <p> </p>
As-Son'ani pula di dalam Subulus salam menyebut lebih kurang : "Dan telah berbeza pendapat (di kalangan para ulama) tantang kewajipan menjawab azan. Jumhur ulama' berpendapat tidak diwajibkan. Mereka berdalilkan dengan satu perbuatan Nabi saw ketikamana baginda mendengar tukang azan melaungkan takbir, baginda bersabda : "(kamu berada) atas Fitrah." ketika baginda mendengar syahadah, baginda bersabda : "Kamu selamat daripada neraka." (Hadith ini dikeluarkan oleh Imam Muslim).
Jumhur Ulama berkata : "Jika menjawab azan itu wajib, sudah pasti Nabi saw akan menyahut azan tersebut sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin. Maka apabila (terdapat perbuatan Nabi yang tidak menyahud azan seperti laungan muazzin) menjadi tanda bahawasanya arahan (menjawab azan seperti hadith dari Abi Sa'id) menunjukkan kepada sunat atau istihab..."
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: (Dhoief (lemah) ataupun Palsu)
‘Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.’
Berdasarkan dua pendapat ulama ini maka mustahil orang yang tidak mendiamkan diri ketika azan akan dikelukan lidahnya ketika hampir mati, kerana hukum menjawab azan itu adalah sunat sahaja sepertimana yang dinyatakan oleh kebanyakan ulama.
Berkenaan dengan hadith tersebut, salah satu daripada ciri-ciri sesuatu hadith itu palsu ataupun dhoief ialah apabila ia memberikan ancaman yang besar atas kesalahan yang kecil. Demikianlah hadith yang ditanyakan di atas. Ia memberi ancaman yang berat jika meninggalkan perkara yang sunat iaitu menjawab azan. Ini menunjukkan hadith tersebut bukanlah hadith yang sahih. Ia sekitar hadith yang Dhoief (lemah) ataupun Palsu. Wallahu a'lam
DOA AZAN DAN IQAMAH
SYARAT SAH AZAN DAN IQAMAH
1. Masuk waktu sembahyang melainkan waktu Subuh kerana ia mempunyai dua azan. Azan pertama dilaungkan sebelum masuk waktu iaitu bermula waktunya selepas berlalu separuh malam.
2. Hendaklah dengan bahasa Arab, tetapi boleh melakukan azan untuk diri sendiri dengan terjemahannya sekiranya tidak tahu melakukan azan dengan bahasa tersebut.
3. Azan dan Iqamah hendaklah dinyaringkan biarpun didengari oleh salah seorang daripada jama‘ah ketika sembahyang berjama‘ah.
4. Tertib dan muwalat di antara lafaz azan dan iqamah.
5. Azan mestilah dilakukan oleh seorang sahaja.
6. Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki muslim yang berakal
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ‘sakaratul maut’.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allahakan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. “Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu
kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. “Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a’lamin..”
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahasiakan ibadahnya.
2) Merahasiakan sedekahnya.
3) Merahasiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Kita bisa mengirimkan ribuan ‘like’ dan ‘surat berantai’ melaluie-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali……FIKIRKAN LAH.
0 comments:
Posting Komentar