Berita Islami Masa Kini (BIMK) adalah sebuah komunitas yang beranggotakan organisasi-organisasi anggota, Driver Printer Panasonic, Brother, Driver Canon, Kyocera, Ricoh, Driver printer konika, dan masyarakat umum yang bekerja sama dalam mengembangkan standar Web Driver, Berita islam terkini, kumpulan situs berita islam ummat di indonesia

Sabtu, 03 Januari 2015

memberikan harta wakaf kepada seorang musafir(hukum)

memberikan harta wakaf kepada seorang musafir
Pertanyaan:
Saya mempunyai masalah yang membelenggu jiwa dan fikiran. Saya bertugas sebagai muazzin di masjid kampung saya. Masalah yang saya hadapi ialah, saya pernah memberi yasin yang diwakafkan kepada masjid kepada seorang musafir atas permintaan beliau dan beliau menggantikan yasin yang diambil itu dengan memberikan sumbangan ke tabung masjid. Bagaimana kedudukan saya? Adakah saya bedosa besar kerana memberikan harta wakaf kepada seorang musafir yang menggantikan yasin itu dengan memberikan sumbangan ke dalam tabung masjid? Mohon bantuan dan penjelasan.

Jawaban:
Antara prinsip asas dalam konsep waqaf ialah harta yang diwaqafkan tidak boleh dijual beli, diwarisi dan diberikan kepada orang lain. Al-Sharbīnī ketika menjelaskan pengertian waqaf menyatakan dalam definisinya, “… dengan dikekalkan harta tersebut”. (Mughnī al-Muhtāj, 3:522).

Di dalam satu hadis berkenaan cadangan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam kepada Umar bin al-Khattab r.a. supaya beliau mewaqafkan satu tanah ladangnya di Khaibar,

فَتَصَدَّقَ عُمَرُ أَنَّهُ لاَ يُبَاعُ أَصْلُهَا وَلاَ يُوهَبُ وَلاَ يُورَثُ

Maksudnya:“Lalu Umar bersedekah dengan cara tanahnya tidak akan dijual, tidak diberikan kepada orang lain, dan tidak diwarisi”. (Sahih al-Bukhari, 4:12 no: 2772; Sahih Muslim, 3:1255 no: 1632).

Malahan perkataan waqaf itu sendiri adalah berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud ‘ditahan’, kerana harta waqaf hendaklah ditahan daripada dijual, diwarisi dan diberikan kepada orang lain.

Justeru adalah satu kesilapan apabila saudara (yang bukan nazir kepada harta waqaf) memberikan harta waqaf (seperti mushaf yang diwaqafkan kepada masjid), kepada individu-individu tertentu, kerana ia mengeluarkan harta waqaf itu daripada maksud waqaf yang asal. Justeru, jika sekiranya harta waqaf itu dapat dikembalikan ke tempat asalnya, maka saudara wajib berusaha untuk mendapatkannya balik. Jika tidak dapat, saudara bolehlah membeli semula harta waqaf yang seumpamanya kemudian mewaqafkan kepada tempat asalnya dengan niat menggantikan balik harta waqaf yang telah diberikan kepada orang lain.

Wallahu A’lam.
memberikan harta wakaf kepada seorang musafir(hukum) Diposkan Oleh:

0 comments:

Posting Komentar