Berita Islami Masa Kini (BIMK) adalah sebuah komunitas yang beranggotakan organisasi-organisasi anggota, Driver Printer Panasonic, Brother, Driver Canon, Kyocera, Ricoh, Driver printer konika, dan masyarakat umum yang bekerja sama dalam mengembangkan standar Web Driver, Berita islam terkini, kumpulan situs berita islam ummat di indonesia

Kamis, 25 Desember 2014

6 Tips Ajar Anak Sholat


6 Tips Ajar
Anak Shalat Menurut Peringkat Umur












Bismillah,,semoga bermamfaat bagi kita semua dalam mengajarkan anak-anak menjadi anak yang berbakti dan shaleh,shalehah,






Melentur buluh biarlah dari rebungnya, perumpamaan ini bisa kita gunakan untuk mendidik anak-anak untuk belajar menunaikan sholat.




Dalam konteks pendidikan awal anak-anak, tanggungjawab untuk mendidik anak untuk bersolat adalah satu amanah yang sangat besar dan berat. Mendidik dan mentarbiyyah anak-anak untuk solat tidak semudah kita mengajar anak ABC atau 123. Tanggungjawab yang besar ini datang dengan pelbagai ujian dan ini memerlukan ibubapa yang bijak.
1) Contoh tauladan yang baik.


Ibubapak ialah tauladan terbaik dan terdekat untuk diteladani oleh anak-anak. Ayah yang selalu ke masjid, ibu yang terus bersiap sholat ketika mendengar azan dan mendengarkan kepada anak-anak tentang sholat berjemaah adalah antara contoh terbaik buat anak-anak.


2) Umur 0 – 2 tahun – Wujudkan suasana yang sholeh (Biah solehah)


Biarpun anak-anak masih kecil, tidak mengerti dan tidak faham,tapi suasana yang baik dan sholeh akan menjadikannya biasa. Dia biasa melihat ibu dan ayahnya solat di awal waktu, solat berjemaah, tahu tentang azan dan mendengar bacaan ayat-ayat al-qur’an. Berkata-katalah dan bercerita dengan anak seperti, ” Tunggu sebelah Ummi ya, Ummi mahu sholat.” . Atau ” Terima kasih sayang sebab tunggu Ummi sholat.”


3) Umur 2 – 3 tahun – Ajak anak


Kita Sebagai ibu bapak ndak usah merasa jemu untuk selalu ajak anak sholat. Biar mereka biasa dengan ajakkan.Biarpun mereka hanya mendengar dan tidak mengikuti, teruskan menyebut setiap kali kita hendak sholat. ” yuk ikut Ummi sholat!”

4) Umur 4 – 6 tahun – Mengapa kita solat?


Sudah tiba masanya untuk ibubapak bercerita tentang kepentingan sholat kepada anak mereka. Penerangan berbentuk cerita dapat memberikan gambaran yang jelas kepada anak-anak.


Bicarakan anak-anak secara kerap tentang masjid. Ajak mereka ke masjid. Perkenalkan tentang adab-adabnya, sholat jemaah, hubungan sosial dengan jemaah yang lain dan sebagainya.


Pada umur begini juga ibubapak sudah bisa menghantar mereka ke tpa Islam yang mengajar mereka tentang sholat agar mereka lebih faham dan senang untuk sholat.

5) Umur 7 – 9 tahun – Penekanan dan tanggungjawab


Kemudian Ini ialah tahun-tahun pengukuhan bagi asas sholat bagi anak-anak. Kita sudah menunjukkan contoh, ajakan dan pemahaman sejak lahir. Waktu ini anak seharusnya sudah tahu apa yang perlu dilakukan ketika azan, cara mengambil wudhuk, pergerakan dan bacaan dalam sholat.


Walaupun tidak lancar dan tidak cepat, sekurang-kurangnya mereka sudah ada asas. Mencapai umur 9 tahun, ibubapak sudah mulai sedikit tegas dan selalu mengingatkan mereka untuk sholat.

6) Umur 10 tahun ke atas – Denda dan hukuman


Dalam hadist tentang sholat, Nabi membenarkan untuk kita memukul anak yang ingkar sholat ketika dia berumur 10 tahun. Tetapi sebelum kita memukulnya, adakah kita telah memberikan pemahaman serta contoh terbaik buat mereka?


Tidak semudah itu untuk ibubapak menjatuhkan hukuman dan memukul anak. Semoga kita menjadi pemimpin yang adil dalam menentukan hukuman dan denda terhadap anak-anak.



berbagai cara perlu diterapkan oleh ibu bapak di luar sana dalam mengajak anak untuk sholat. Kekerasan dan paksaan hanya akan membantutkan proses asas pemahaman sholat ini.Demikianlah diantara sebagian tips untuk anak-anak islami,semoga bisa dpraktekkan untuk anak kita msing-masing yang masih kecil.


Semoga anak-anak kita dapat menunaikan sholat yang merupakan ibadat yang utama sebagai seorang muslim. Sebagai ibu bapak kita seharusnya memberi pendedahan sholat seawal yang mungkin kepada anak-anak kita mengikut usia mereka.
6 Tips Ajar Anak Sholat Diposkan Oleh:

0 comments:

Posting Komentar