Tiga perkara membatalkan akidah
IBN Jauzi berkata: “Sebahagian ulama
berpendapat ayat yang sebelum ini telah dinasakhkan dengan pengecualian
pada ayat ini, dan ini bukanlah dinamakan nasakh kerana pengecualian
maksudnya mengeluarkan sebahagian dari semuanya yang membawa kepada
takhsis.”
Sayid Qutub berkata: “Adapun orang-orang yang terus
berdegil (di atas kesalahan mereka) dan tidak bertaubat sehingga peluang
itu terlepas dari tangannya dan tempoh (yang diberikan Allah) telah
berakhir, maka mereka akan menghadapi laknat yang diancamkan kepada
mereka sebelum ini dengan huraian yang lebih terperinci dan tegas lagi.”
Benarlah
firman Allah s.w.t: Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati di
dalam keadaan kafir, mereka ditimpa laknat Allah dan laknat para
malaikat dan manusia seluruhnya.
Mereka kekal di dalam laknat itu
dan azab itu tidak akan diringankan dan tidak pula diberi tempoh
kelonggaran. (Al-Baqarah: 161-162)
Firman Allah s.w.t:
Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati di dalam keadaan kafir.
Sesungguhnya disyaratkan mati dalam kufur kerana hukumnya mengikut
bagaimana keadaan mati.
Abu al-`Aliyah berkata: “Ini pada hari
kiamat di mana orang kafir didirikan kemudian Allah melaknatnya
seterusnya manusia dan malaikat juga melaknatnya. Inilah yang dinukilkan
oleh Imam al-Baghawi di dalam tafsirnya.”
Sebenarnya terlalu
banyak perkara yang boleh membawa kepada keluarnya seseorang dari daerah
keimanan kepada kufur. Disebut secara umum di sini antara sebab-sebab
tersebut:
Ulama berpendapat perkara yang membatalkan akidah (aqidah) dan iman terbahagi kepada tiga:
1. Iktikad.
2. Perbuatan.
3. Perkataan.
Ulama
menyebut dalam kitab masing-masing secara terperinci jenis-jenis
perkara di atas yang boleh mengeluarkan daripada daerah keimanan
sehingga membawa kekufuran. Secara ringkasnya seperti berikut:
1. Beriktikad adanya Tuhan yang lain selain Allah atau kuasa yang setara dengannya.
2. Beriktikad makhluk boleh memberi kuasa.
3. Percaya kepada kuasa-kuasa yang lain daripada Allah, seperti jin dan lain-lain.
4. Melakukan perbuatan ibadah seperti orang kafir, contohnya tunduk dan patuh kepada berhala dan memakai salib dan sebagainya.
5. Menghina al-Quran.
6. Menghina Rasulullah s.a.w dan sunnahnya termasuk melukis karikatur yang menjatuhkan martabat Nabi Muhammad.
7. Menganggap syariat tidak sesuai pada zaman sekarang.
8. Menganggap undang-undang Islam sudah lapuk, kejam dan zalim.
9. Merasa syak dan ragu atas kebenaran Islam.
10. Menafikan perkara yang menjadi maklum dalam agama atau perkara yang diketahui umum.
Seterusnya
firman Allah s.w.t: Mereka ditimpa laknat Allah dan laknat para
malaikat dan manusia seluruhnya. Ayat ini yang dimaksudkan dengan laknat
tiga wajah. Pertama, mereka melaknatnya di hari akhirat. Kedua,
dikehendaki dengan manusia di sini ialah di kalangan orang yang beriman
seperti pendapat Ibn Mas’ud, Qatadah dan Muqatil. Ketiga, bahawa laknat
daripada orang yang ramai.
Firman Allah s.w..t: Mereka kekal di
dalam laknat itu dan azab itu tidak akan diringankan dan tidak pula
diberi tempoh kelonggaran. Maksud kekal di dalamnya atau padanya ada dua
pendapat. Pertama, kembali kepada laknat seperti pendapat Ibn Mas’ud
dan Muqatil. Kedua, kembali kepada neraka.
Ayat ini tidak
menyebut suatu azab yang lain dari laknat yang menyerkup mereka, malah
ia menyifatkan laknat ini sebagai suatu azab yang tidak akan diringankan
dari mereka dan tempoh azab itu tidak akan ditangguhkan.
Itulah
azab yang mengecilkan segala azab yang lain. Itulah azab diusir, dibuang
dan dilayan dengan kasar dan tiada hati yang menaruh belas kasihan,
tiada mata yang memandang dengan simpati dan tiada lidah yang mengucap
kata-kata hormat.
Mereka dikutuk, diusir dan dibuang oleh para
hamba Allah dan oleh Tuhan sekalian hamba-Nya sama ada di bumi dan di
alam al-Mala`ul-A’la. Inilah azab yang amat pedih dan amat menghinakan.
Firman
Allah: Mereka kekal di dalam laknat itu dan azab itu tidak akan
diringankan dan tidak pula diberi tempoh kelonggaran. Balasan itu
disebabkan mereka telah menutup pintu yang terbuka itu kepada diri
mereka sendiri dan membiarkan peluang itu terlepas dari tangannya dan
tempoh (yang diberikan Allah) itu berakhir begitu sahaja, sedangkan
mereka terus berdegil dengan sikap menyembunyikan kebenaran, memilih
kekufuran dan kesesatan.
Iktibar dan pengajaran ayat:
1. Kebahagiaan yang hakiki ialah mati dalam husnu al-Khatimah apatah lagi diakhiri dengan kalimah tauhid.
2. Laknat yang datang daripada Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya menjadi dalil ia termasuk dalam dosa besar.
3. Beriman dengan hari balasan seperti adanya azab neraka adalah benar.
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM
Takuti perkara membatalkan Islam
Setiap
Muslim yang waras cara berfikirnya, akan sentiasa bertindak bersesuaian
dengan ajaran yang ada dalam al-Quran dan apa yang diajarkan oleh
baginda Rasulullah s.a.w. Ini kerana kedua-dua sumber itu merupakan
rujukan paling tepat dan benar untuk mendapatkan keredaan Allah SWT
sekali gus melonjakkannya menjadi Muslim hakiki.
Kerana
keyakinan yang ada dalam pemikiran Muslim yang baik itu, ialah bahawa
kehidupannya tidak berakhir semasa hidup di dunia, malah ia
berkesinambungan hingga ke hari akhirat, iaitu hari di mana seluruh
makhluk bernama manusia akan berhimpun di Padang Mahsyar.
Sama
ada manusia yang percaya kepada Allah, atau yang menentang-Nya, manusia
bermana Islam, atau Kapitalis, Komunis, Sekular, Sosialis, Hindu,
Buddha, Kristian, Yahudi, semua sekali akan dihadapkan depan Allah untuk
diperhitung amalan-amalan mereka.
Yang mengikut, patuh serta
tunduk kepada ajaran al-Quran dan menerima ajaran Rasulullah s.a.w.
tanpa sebarang ragu dan pastinya akan diberi syafaat untuk memasuki
syurga.
Sementara yang puluhan tahun hidup di dunia, kemudian
memilih jalan kesesatan dengan mengamalkan pegangan akidah yang
menyimpang jauh daripada Islam, sudah pasti mereka akan dihumban ke
dalam api neraka.
Justeru, bagi mengekalkan iman, akidah, Islam
pada tahap yang memberangsangkan, maka setiap Muslim itu perlu
mengetahui perkara-perkara yang boleh membatalkan akidah, Islam, atau
juga disebut dua kalimah syahadah bertujuan untuk menyelamatkan dirinya
di akhirat bersama dengan Rasulullah s.a.w. Ia terlalu banyak untuk
diperkatakan, tetapi dalam kesempatan ini, hanya beberapa perkara pokok
sahaja disenaraikan.
Perkara-perkara yang membatalkan Islam
1. Terlibat pada perkara syirik atau mengadakan sekutu dalam beribadah kepada Allah.
2. Menjadikan sesuatu atau seseorang sebagai wasilah (perantara) dalam doa, syafa'at dan tawakkal.
3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik, menyangsikan kekafiran mereka malah membenarkan keyakinan mereka.
4. Meyakini bahawa petunjuk selain petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. adalah lebih sempurna dan lebih baik.
5. Membenci hal-hal yang berasal daripada ajaran Rasulullah s.a.w. walaupun mengamalkannya.
6. Mengolok-olok sebagian ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w. seperti pahala atau balasan yang akan diterima.
7. Melakukan sihir, karena pelakunya dihukumi kafir.
8. Menyokong orang kafir serta memberikan bantuan dan pertolongan kepada orang musyrik untuk memerangi Muslimin.
9. Beranggapan bahawa manusia dengan mudah boleh terkeluar dari syari'at atau ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
10. Berpaling dari agama Allah SWT baik kerana tidak mahu mempelajarinya atau kerana tidak mahu mengamalkannya.
11.
Mengganggap suatu hukum atau undang-undang selainnya lebih baik
daripada syari'at Rasulullah s.a.w. dan lebih mengutamakan hukum thaghot
daripada hukum Rasulullah s.a.w. Apabila ada seseorang meyakini bahwa
undang-undang yang dibuat manusia lebih utama dan lebih baik daripada
syari'at Islam, maka ia telah kafir.
12. Apabila seseorang
Muslim itu menganggap bahawa syari?at Islam sudah tidak sesuai lagi
dengan perkembangan zaman, atau bahkan beranggapan bahawa agama Islam
hanya menyangkut hubungan ritual antara hamba dengan Rabbnya dan tidak
ada kaitannya sama sekali dengan masalah duniawi. Demikian pula apabila
seseorang memandang bahawa pelaksanaan syari'at Islam, misalnya masalah
rajam dan qishash, sudah tidak sesuai lagi dengan peradaban modern (atau
Hak Asasi Manusia).
13. Begitu pula mereka yang beranggapan
bahawa seseorang dibolehkan untuk tidak berhukum dengan hukum atau
syari'at Allah SWT dalam hal kemasyarakatan dan hukum-hukum lainnya,
maka ia telah kafir, meskipun belum sampai pada keyakinan bahawa hukum
yang dianutnya lebih utama dari hukum Islam.
14. Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah.
15. Ingkar nikmat Allah sama ada yang terang atau yang sembunyi, yang mudah difikirkan atau yang memerlukan kajian.
16. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah kerana Allah tidak menyukainya.
17. Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah.
18. Menumpukan segala ketaatan kepada selain Allah dengan cara yang tidak disukai-Nya.
19. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam sesuatu perkara.
20. Benci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau menbenci agama Islam seluruhnya.
21.
Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan akhirat dan menjadikan
dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam hidupnya.
22.
Menghina sesuatu daripada kitab Allah atau sunnah Rasulullah s.a.w.
atau orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersendakan hukum-hukum
daripada hukum Allah atau syiar-syiar Islam.
23. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan sebaliknya.
24. Tidak beriman dengan semua sumber-sumber (punca) hukum daripada kitab Allah dan As-Sunnah.
25. Melantik orang-orang kafir dan munafik menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang-orang yang berakidah Islam dan mukmin.
26. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w.
27.
Rasa takut, lemah hati di dalam menegakkan Tauhidullah dan rasa lapang,
terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.
28. Menyatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat yang dan isi yang terkandung di dalam ayat itu.
29.Tidak
mengetahui tentang marifat Allah dan pengenalan yang jelas serta ingkar
dengan sifat-sifat ketuhanan-Nya dan ingkar nama-nama-Nya.
30.
Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan adanya
sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau
menghina sifat-sifat kepujian atau mengitiqad bahawa baginda adalah
contoh utama bagi manusia.
31. Mengkafirkan orang yang mengucap
dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah ingkar
syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.
32.Membuat
sesuatu pekerjaan (ibadah) bukan kerana Allah, sujud dan tawaf
berkiblatkan kepada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah.
33.
Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadatain yang dinamakan syirik
kecil seperti mengerjakan solat kerana hendak mendapatkan pujian,
bersedekah kerana sungutan orang atau supaya orang datang kepadanya
seolah-olah dia berjihad iaitu supaya orang mengenang jasa dan namanya.
Dan
banyak lagi yang perlu diketahui secara mendalam dan terperinci yang
mesti digarap oleh setiap Muslim menerusi kuliah-kuliah akidah yang
tidak boleh dipelajari secara santai, kerana ia merupakan asas dan
benteng yang kuat daripada terjebak pada penentangan terhadap Allah
sekali gus layak mendapat kutukan-Nya.Wallahu'alam bisshawab
Aqidah umat inpirasi dari Mawaddah Internasional Nasyid
Lirik Lagu Kuasa Tuhan
Aqidah umat sudah terlalu rosaknyaTiap kejadian tidak dikaitkan dengan Tuhan
Kerana atau sebablah yang merosakkan
Bukan kehendak dan kuasa Tuhan yang melakukan
Banjir berlaku
Hujan lebatlah yang menjadikan
Bukan Tuhan lakukan untuk peringatan
Gunung berapi meletus
Memusnah nyawa harta
Belerang yang amat panas di dalamnya yang meledakkan
Bumi bergoncang gempa bumi namanya
Meruntuhkan apa sahaja
Ada sebab-sebab tertentu
Yang menggoncang
Padahal itu adalah ancaman Tuhan
Kepada mereka yang membuat mungkar
Hukuman yang dilakukan di dunia lagi
Agar manusia sedar
Memanglah Tuhan telah membuat ketentuan
Apa saja kejadian baik dan buruk
Tuhan jadikan sebabnya dahulu
Sebabkan Tuhan yang menjadikan untuk berlaku
Ertinya bukan sebab yang melakukan
Tapi Tuhan yang menjadikan sebab
Dan yang akan melakukan
Begitulah rosaknya aqidah umat
Termasuk yang Islam
Mereka telah syirik dengan Tuhan kerana keyakinan
-[chorus rangkap 1]-
Segala-galanya tidak akan terjadi
Kalau bukan kehendak Tuhan
Bukan sebab-sebab yang dijadikan yang melakukan ]- 2x
Betulkan aqidah
Takutlah Tuhan yang menjadikan apa sahaja
By:Mawaddah
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya
telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad s.a.w) dengan membawa
kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian
itu) amatlah baiknya bagi kamu dan jika kamu kufur ingkar (maka
kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah),
kerana sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di
bumi dan Allah sentiasa Mengetahui lagi Maha Bijaksana(Surah
An-Nisaa'Ayat 170)

Gabung dalam percakapan