Hati Buta itu Sebab 10 Perkara
Ibrahim bin Adham, seorang ahli tasawuf/sufi yang masyur dikerumuni orang
ramai semasa beliau ke pasar Basrah. Ada orang di antara mereka bertanya,
mengapakah doa mereka tidak dimakbulkan oleh Allah, sedangkan mereka
selalu berdoa kepada-Nya? Maka beliau menjawab, "Karena hati kamu itu buta
disebabkan 10 perkara...".
10 perkara itu yang disebut oleh Ibrahim bin Adham adalah:
2. Kamu mencintai Rasulullah SAW tetapi MENOLAK SUNAHNYA.
3. Kamu membaca AL-QURAN, tetapi kamu TIDAK BERAMAL DENGANNYA.
4. Kamu makan nikmat Allah SWT tetapi kamu TIDAK MENSYUKURI-NYA.
5. Kamu berkata SYAITAN itu musuh kamu tetapi TIDAK MENENTANGNYA.
6. Kamu berkata bahawa SYURGA itu benar tetapi TIDAK BERAMAL UNTUKNYA.
7. Kamu berkata bahawa NERAKA itu benar TETAPI TIDAK LARI DARIPADANYA.
8. Kamu berkata MATI itu benar tetapi TIDAK BERSEDIA baginya.
9. Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia tetapi LUPA KEAIBAN SENDIRI.
10. Kamu kebumikan mayat tetapi TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR daripada mereka.
0 comments:
Posting Komentar