Berita Islami Masa Kini (BIMK) adalah sebuah komunitas yang beranggotakan organisasi-organisasi anggota, Driver Printer Panasonic, Brother, Driver Canon, Kyocera, Ricoh, Driver printer konika, dan masyarakat umum yang bekerja sama dalam mengembangkan standar Web Driver, Berita islam terkini, kumpulan situs berita islam ummat di indonesia

Selasa, 04 Oktober 2016

Dosa Yang Selalu Dilakukan Pedagang Online Tanpa Disadarinya

Selesai sesi Fiqh Bisnes oleh Ustaz Dr Azman dan Ustaz Dr Zaharuddin. Alhamdulillah, banyak ilmu baru dan ilmu refresh dan persoalan berkenaan bisnes kontemporari terjawab.

Kawan-kawan yg berniaga secara berkumpulan, dan suka komen testimoni di post ‘rakan sejemaah’, boleh baca point no 11 di bawah.

Dosa Yang Selalu Dilakukan

Saya ringkaskan apa yang dapat saya serap selain perkara asas tidak boleh menipu, bebas riba dan gharar, dan sebagainya :

1. Sesiapa yg menjadikan akhirat sebagai tujuan utama, maka dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Bisnes dan perniagaan adalah satu alat utk mencari Redha Allah - Pegangan.

2. Perniagaan adalah sesuatu yg datang seiringan dengan syaitan. Sangat berat amanah yg dipikul oleh peniaga. Peniaga yg benar dan amanah akan dibangkitkan bersama nabi-nabi, siddiqqiin dan syuhada’.

3. Saidina Umar melarang seseorang dari berniaga sebelum belajar hukum-hakam perniagaan.

4. Semua urusan jual-beli bertangguh (samaada bayar secara ansuran atau barang dibeli secara tempahan dengan bayaran penuh) masuk dalam kategori dain (hutang). Ayat paling panjang dalam Quran menyebut tentang dain – iaitu ditulis segala details dan kalau boleh, adakan saksi.

5. Islam menjaga hak bukan sahaja hak pembeli, tetapi juga hak penjual. Oleh itu, gangguan kepada harga pasaran adalah sesuatu yg dilarang dalam Islam.

Contohnya, buang harga (jual dengan terlalu murah berbanding harga
pasaran) atau naikkan harga dengan melampau tanpa sebab yg munasabah (contohnya tdk ada nilai tambah diberikan).

6. Ketelusan Wajib ada. Peniaga kena perjelaskan semua perkara berkenaan barang yg dijual dan kualiti barang. Peniaga juga tidak sembunyikan keburukan barang dengan sengaja. Kena ada jaminan pulangan semula kalau tak puas hati. Kenapa? Sebab ada isu gharar – barang tak boleh disentuh. Kos penghantaran dan segala kos lain mesti dimaklumkan kepada pembeli. Utk pemulangan semula, siapa akan tanggung kos penghantaran etc. Utk refund, kos caj bank ditanggung siapa.

7. Hukum affiliate dan dropship – dengan mendaftar i. e. persetujuan pemilik produk adalah HARUS

8. Selain ejen dropship dan affiliate dan lain-lain konsep ejen, tidak boleh jual barang yg tidak dimiliki. Sekalipun terdapat perselisihan pendapat utk menjual barang yg tidak dimiliki, syarat yg dikenakan oleh ulama yg cakap boleh, adalah amat ketat.

9. Utk produk affiliate dan dropship, TIDAK BOLEH guna istilah ‘produk saya’ kerana kita tidak mempunyai barang tersebut . Boleh guna istilah " Produk Kami " kerana kita dikira wakil kepada penjual.

10. Agen tidak boleh menjual pada harga yg tidak dibenarkan oleh pemilik produk (buang harga), sekalipun pemilik produk memberikan harga yg murah kepada agen.

11. Utk perniagaan secara berkumpulan, tidak boleh mewujudkan testimoni atau sokongan palsu.

Contohnya, bila ada salah seorang rakan post tentang sesuatu produk, kita ramai-ramai berikan testimoni dan sokongan yg tidak tepat. Ini banyak terjadi dalam grup yg menjual produk kesihatan.

12. Tidak boleh juga membuat bid palsu utk menaikkan harga lelongan.

13. Tiada iklan yg memaparkan aurat. Tidak boleh promo produk yg menampakkan aurat.

Credit : Ustaz Abdullah Khairi

Dosa Yang Selalu Dilakukan Pedagang Online Tanpa Disadarinya Diposkan Oleh: